Kadang-kadang..
cinta boleh hadir setiap hari,
Kadang-kadang..
kau boleh jatuh cinta dengan sesiapa yang kau lihat,
Tapi hanya satu yang mampu buat aku bertahan,
kerana khabaran dari langit itu memberitahuku,
kau satu dalam sejuta,
kau sekali seumur hidup,
kau buatku mencari salah satu bintang di atas kita..
Aku mencari seseorang yang istimewa,
aku mencari seseorang untukku serahkan cinta ini,
dan bila kusangka harapan itu mulai pudar,
kau datang, membawa senyuman.
Aku sentiasa ingat bagaimana perasaanku hari itu,
perasaan yang sukar ditafsirkan.
Aku tahu pasti ada jawapan untuk doaku,
dan kau, kau untukku..
manusia boleh berkasih dengan sesiapa yang dia suka, walau sebanyak mana pun kekasihnya, tapi kalau itu bukan jodohnya, bukan tulung rusuknya, pasti cinta itu tak kekal lama, kerana cinta itu sendiri yang akan menghancurkannya, cinta bukan benda main-main, cinta bukan eksperimen, kerana cinta itu sebahagian dari kehidupan, cinta tak perlu dicari, tapi cinta itu yang akan membuat dia mencari
No comments:
Post a Comment