Pages

05 January 2007

Tanah Itu Ranjangku

Tanah itu ranjangku, menerimaku, dan ia menutupiku
Pasir mengelilingiku, menelanku dari setiap arah
Dan lahad itu mengingatkan, akan cerita kegelapan penghujungku
Dan cahaya itu telah menentukan, bahawa kegembiraanku adalah bertemu Allah.
Dan keluargaku, di manakah mereka? Mereka tinggalkanku
Dan rakan-rakanku, di manakah perkumpulan mereka? Mereka tinggalkanku
Dan harta, di manakah ia? Aku tinggalkannya
Dan nama, di manakah kemasyhuran dan kehormatannya?
Inilah pengakhiranku; Tanah itu ranjangku
Yang mencintai ucapkan selamat tinggal kepada yang dicintainya, dan menangisi pemergianku
Air mata yang mengalir itu kering, selepas menangis
Pasu dunia mengecil, menyempitkan ruangku
Lahadku menjadi kedua bumi dan langitku
Inilah pengakhiranku; Tanah itu ranjangku
Ketakutan memusnahkan perpisahanku dan kesedihan adalah penyakitku
Berharap pada kepercayaan yang aku bersumpah bahawa ia penawarku
Dengan jujur aku merayu padaMu Ya Allah, Kaulah harapanku
Berharap- Ya Allah – syurga, yang mana di sinilah sepatutnya kegembiraanku

No comments: