Pages

23 June 2006

Pasang dan Surut

"Kadangkala dalam hidup ini kau fikir perjuangan itu telah berakhir,
sedang ia seperti berlawanan dengan apa yang telah tertulis,
dan akhirnya kau berjaya mengecapinya,
tapi sekali kredibiliti mu tercemar,
itulah apa yang mereka gelar,
pasang surut kehidupan.."

Aku selalu mengatakan aku boleh melakukannya,
kini ia boleh dilihat dan dinilai sesiapa,
permainan ini tak membuatku mati,
hanya sekadar cedera,
aku tahu segalanya akan berubah,
termasuklah rakan-rakan yang ku kenal sebelum pemergianku,
tapi impian inilah kehidupan yang ku cari selama ini,
mula mengakui akulah yang terhebat,
hidupku takkan pernah lagi seperti dulu,
kerana dengan wang hadirnya status yang berlainan,
itulah bila segalanya berubah,
kini aku sangat berkira dengan segala yang ku miliki,
dibutakan oleh nikmat yang terbentang di hadapanku,
aku mula kehilangan integriti dalam diriku..

Aku tak pernah ingin menjadi pencetus masalah,
kini aku tak mahu menghadap semuanya,
dinasihati perkara yang ku lakukan adalah salah,
perkara yang sebenarnya menjadikan ku lebih tenang,
aku bakar semua jambatan yang ada,
kini aku kehabisan ruang,
dan tiada lagi tempat untuk aku larikan diri ini,
terperangkap dalam situasi untuk berkompromi sama ada kepentinganku atau orang lain,
aku harus belajar dari pengalaman lepas,
sebelum membuat keputusan,
dari masa lalu yang panjang tapi tak ku ambil kesempatan untuk berlari,
tika aku tahu itu masa terbaik bagiku untuk meninggalkannya,
adakah terlalu lewat untuk aku buktikan kaulah cintaku?

Kini aku tahu,
aku telah melakukan kesilapan,
tak pernah memikirkan tentangnya,
tapi kau masih belum menyedari apakah maksud semuanya ini kepadaku,
oleh itu,
berilah aku peluang walau cuma sekali lagi,
untuk ku buktikan,
aku bukan insan seperti itu..



berada di bawah atau ketika di ambang kejatuhan kadangkala menjadikan seseorang itu mula sedar dari mana asal-usulnya, dia akan mengingati kembali garis permulaan kejayaannya, insan yang menyokong, bersusah payah membantu, dia juga akan mula kenal siapa kawannya dunia dan akhirat, kawan yang tak pernah kenal erti susah, sama-sama berjuang meneruskan hidup, walau berlainan status

No comments: