Pages

11 February 2013

Ujicuba Masjid Tengku Ampuan Jemaah

Hari Sabtu lepas, 9 Februari 2013. Saya sempat ikut serta bersama-sama hampir 1,000 penduduk Bukit Jelutong & kawasan sekitar dalam ujicuba Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Masjid bernilai lebih kurang RM23 juta ini memang nampak gah di luar, indah pula di dalamnya.

Ilustrasi artis
Dari berita yang diperoleh awalnya, dana pembinaan masjid ini disumbangkan oleh keluarga diraja Selangor melalui Wakaf Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pemaju Sime Darby Property dan bakinya kerajaan Negeri Selangor. Selain dari itu, penduduk Bukit Jelutong juga berusaha mengumpulkan sumbangan bagi melengkapkan keperluan pembinaan masjid ini.

Pengisian ujicuba malam itu, diadakan bacaan Yasin dan doa selamat. DYMM Sultan Sharafuddin turut singgah memeriksa keadaan masjid yang dalam tempoh percubaan. Selesai solat Isyak, jamuan disediakan untuk para jemaah.

DYMM Sultan Sharafuddin meninjau keadaan masjid
Menurut maklumat yang disampaikan pada malam tersebut. Masjid Tengku Ampuan Jemaah dikategorikan sebagai Masjid Diraja dengan pentadbirannya diletakkan terus di bawah Majlis Agama Islam Selangor. Pentadbirannya akan diketuai oleh Imam Besar. Masjid akan mula dibuka untuk solat fardu bermula 22 Februari 2013. Solat Jumaat yang pertama akan diadakan pada 1 Mac 2013. Perasmian masjid akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin dalam satu majlis pada bulan Mac 2013.



















No comments: