Pages

19 February 2013

Kisah Hari Ini

Hari ini, seperti biasa hantar Aisyah & yang lain ke rumah mereka. Waktu sedang memandu tengah dalam perjalanan, tiba-tiba terasa macam pada kerusi yang saya sandar, ada sesuatu, menyebabkan rasa tak selesa. Maka, saya pun cubalah gerakkan badan nak tau apa yang ada di situ. Tiba-tiba Aisyah bersuara, "Ustaz, kenapa Ustaz gerak-gerakkan badan?". Lalu dengan rasa tak bersalah, saya pun jawab, "Entah, rasa macam ada benda belakang Ustaz ni." Sambil itu, cuba capai apa yang mengganggu itu dengan tangan. Rupanya ada pen yang diselit di situ oleh Aisyah. Dia pun ketawa suka hati kerana dapat mengenakan Ustaznya.

No comments: