Pages

03 October 2012

Kerana Hatinya Rawan


Dulu
Dia bangun
Sunyi, sepi, sendiri
Barangkali
Kerana baru mahu kenal dewasa
Kerana baru mahu kenal hidup
Kerana baru mahu kenal jerih
Jadi sibuklah dia
Mencukupkan hidup
Sangkanya kuat hati
Menempuh medan juang

Kemudian
Baru dia sedar
Cukup hidup sendiri
Bukan betul-betul cukup
Belum hakiki cukupnya
Ada lompang dalam daerah hati
Lalu dia pun cari
Dalam cari dia jerit
Dalam cari dia doa
Dalam cari dia mimpi

Sampai akhir
Dari jerit dia dengar sahut
Dari doa dia jumpa kabul
Dari mimpi dia lihat harapan
Tapi tujuan masih jauh
Sahut masih sayup
Kabul baru separuh
Harapan masih digantung

Maka terusan dia jerit, doa, mimpi
Supaya binaan bahagia siap
Kerana fitrah jadi hamba
Jangan pernah rasa selesa
Jangan pernah rasa senang
Jangan pernah rasa bangga
Sedang pemutus segala itu
Dalam jajahan Allah jua

Hari ini
Bila sendiri dia jerit
Bila mustajab dia doa
Bila tidur dia mimpi
Sampai kadang pantas degup jantungnya
Sampai kadang mengalir keringatnya
Sampai kadang basah pipinya
Semuanya kerana
Hatinya rawan bercinta

No comments: