Pages

05 August 2010

Program Menyemarakkan Islam Selangor


Assalamu'alaikum,

Ingin dimaklumkan penganjuran Program Menyemarakkan Islam Selangor atau singkatannya PROMISE. InsyaAllah program ini dilaksanakan pada setiap hari Sabtu, dan setakat ini Alhamdulillah sudah berjalan selama 5 minggu tanpa sebarang masalah penangguhan atau pembatalan. Butir-butir program:

Hari & Waktu : Setiap Hari Sabtu dari jam 9.15 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Muzium Negeri & Perpustakaan Negeri, Shah Alam

Setiap minggu dua orang penceramah akan menyampaikan kuliah. Program dijalankan dalam bentuk santai keluarga, duduk pun atas tikar je.

Kalau ada yang segan nak duduk sama-sama dengan yang lain boleh jugak duduk menyelit celah-celah pokok di taman sebelah perpustakaan, ataupun buat-buat la datang nak sarapan di kafe depan perpustakaan, sambil-sambil pekena nasi lemak dengan teh tarik, boleh dapat ilmu sikit, zaman sekarang ni bukan senang nak timba ilmu agama, nak ke masjid kaki asyik rasa berat je. Jadi peluang-peluang macam ni sama-samalah kita manfaatkannya. Yang duduk di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, PJ, Klang, ajak la segala suami, isteri, anak, menantu, cucu, mak, ayah, pakcik, makcik, atuk, nenek, sepupu ke, dua pupu ke. Tak pun bawalah kawan. Pendek kata angkutlah segala yang boleh. Sama-sama kita kutip mutiara ilmu buat bekalan menghadapi hari mendatang. Wassalam.

No comments: