Pages

04 August 2010

Bersuara, Penerimaan Masyarakat dan Keperluan Pertimbangan

Assalamu'alaikum,
Sudah lama kiranya saya tidak ber'blog'. Dari 8 Jun 2009 hingga hari ini 4 Ogos 2010, kira-kiranya sudah lebih setahun. Bukan tiada niat menulis, tapi di zaman Facebook dan Twitter ini, bilamana semua orang dengan mudah boleh menzahirkan buah fikiran, menyebarkan isu-isu semasa, jadi agak sukar untuk sentiasa ber'blog'. Lagipun Facebook dan Twitter lebih luas capaiannya dalam masyarakat terutamanya di sekeliling kita.

Banyak sebenarnya idea, fikiran yang hendak ditumpahkan tetapi kata-kata belum disusun rapi nanti bimbang ada yang canggung dan bisa singgung pula, lebih memburuk suasana. Pengalaman yang dikutip sepanjang jalan; bilamana kita bersuara ada yang tidak setuju, ada yang marah, ada yang tidak menerima, walaupun dari sisi yang luas ia nyata lebih baik; dibuat pedoman di masa akan datang.
Bila bersuara perlu fahami sekeliling, kadang tidak perlu diselit emosi dalam kata-kata, kala lain pula mungkin perlu supaya masyarakat lebih faham, lebih meresap ke jiwa sanubari itu. Bagi sesetengah orang, dia berpendapat niat murni itu sudah cukup meruntuhkan tembok jiwa pendengar atau pembaca tapi hakikatnya bukan tiap masa, bukan tiap ketika masyarakat dapat baca niat kita. Kerana itu perlu pertimbangan sebelum bersuara.

Hah..cukuplah rasanya isu 'Bersuara, Penerimaan Masyarakat dan Keperluan Pertimbangan'. Niat mulanya tadi nak tulis pendek, tapi 'terpanjang' pula. InsyaAllah ada masa lain hari jumpa lagi. Wassalam.

1 comment:

orangeHerHunny said...

i loike....heheh