Kiranya kemelut politik di Perak semakin kusut. Ketika tampak seperti ada cahaya di hujung terowong, rupanya masih ada liku yang perlu dilalui. Insiden sidang DUN 7 Mei (507), pengisytiharan Datuk Seri Ir Nizar sebagai MB yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang kemudian ditangguhkan semalam oleh Mahkamah Rayuan membuat rakyat terbanyak menepuk dahi menggeleng kepala.
Agenda Awani yang disiarkan pada malam selepas 507 mengupas tajuk DUN Perak & Politik Budiman. Ya, mengapa terlalu sukar untuk kedua-dua belah pihak bersetuju atas satu jalan keluar yang adil? Hanya mereka yang terlibat ada jawapannya. Buat Datuk Seri Nizar dan rakan-rakan PR, teruskan perjuangan!!
No comments:
Post a Comment