Pages

12 April 2009

By-Election & New Cabinet

Assalamu’alaikum…

7 April telah berlalu, PR kekal di Bukit Selambau & Bukit Gantang manakala BN di Batang Ai. Banyak yang boleh dihuraikan dari keputusan ini.

Kabinet baru juga telah diumumkan oleh Dato’ Sri Najib. Banyak pandangan dan ulasan diutarakan ramai. Saya sendiri agak terkejut dengan penubuhan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan, bagaimana rupanya nanti.

Beberapa nama telah menjadi perhatian. Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk Dr Awang Adek dan Datuk Shahrizat kali ini berada dalam kabinet. Mewakili Pemuda UMNO pula Razali Ibrahim dan Mukhriz. Khairy tidak tersenarai atas alasan ‘memudahkan usaha memperkasa Pemuda’. Ketua Puteri ada dalam kabinet. Datuk Shahrir yang meletak jawatan selepas pemilihan UMNO tidak tersenarai dalam kabinet kali ini. Harap-harap rancangan pengenalan petrol RON95 tak tergendala.

Keseluruhannya, tak dapat dijangka natijah kabinet baru ini. Mudah-mudahan berjaya terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia hari ini.

No comments: