Pages

16 June 2015

Berbulan Madu di Kaki Kinabalu (Bahagian 1)

Huhuuuu.. Setelah 20 tahun aku tak naik kapal terbang, hari ni dapat naik. September 2014, aku dan isteri berbulan madu ke Kundasang, Sabah. Kedua-dua kami tak pernah ke Sabah. Sama-sama jadi adventurous sekejap untuk beberapa hari. Takut apa? Redah saja.

Muka excited orang dah 20 tahun tak naik kapal terbang.
Kami bertolak 10 September 2014 lebih kurang pukul 9 pagi dari Main Terminal Building KLIA. Malaysia Airlines jadi pilihan sebab pada aku, flight ni agak jauh dan akan makan masa yang lama. Dan aku tak pernah naik low cost carrier seperti AirAsia, Malindo dan sebagainya. Pada fikiran aku, duduk dua jam lebih tanpa sebarang hidangan makanan boleh mati kutu nanti. Takkan nak bawa sandwich sendiri pulak. Silap-silap nanti kena tahan dengan airport authority sebab bawa makanan luar. Syak beracun ke apa. Tak pasal je. Haha. Aku fikir gitulah.

Our ride to KK. B737-800.
Aku adalah seorang yang gila kapal terbang. Maka bila sampai kat airport, aku pun sibuklah bercerita pasal kapal terbang model itulah, model inilah, jenis itulah, jenis inilah. Isteri akulah yang jadi mangsa kena menadah telinga. Aku pun tak tahu dia paham ke tak, atau entah-entah dia minat pun tak. Haha.

Dalam tengahari, lebih kurang pukul 12, kami pun mendarat di KKIA. Flight ini panjang sebab ada stopover di Labuan. Tapi stopover duduk dalam airplane je. Tak keluar jalan-jalan pun.

Dah sampai KK.
Sampai KKIA, aku hairan. Kenapa airport ni sunyi? Kota Kinabalu International Airport haruslah ada sikit hingar bingar, bunyi bising. Tapi senyap je. Otak masih macam tak percaya aku dah sampai KK. Jadi lambat sikit nak proses apa yang sedang berlaku. Keluar dari ketibaan, aku call khidmat kereta sewa yang aku dah tempah sebelum ini. Terima kasih kepada penyedia khidmat ini dan juga kepada Dr Abdul Qayyum Jumidey kerana merekemenkan servis kawannya ini.


Bersambung ke bahagian 2









No comments: