Pages

29 March 2014

Menua

Malam ini
Rasa panjang
Rasa lewat masa berlalu
Sedang yang selalu itu
Cepat benar rasanya
Panjangnya buat aku punya masa lapang
Punya masa memerlahan
Entah aku sengaja
Entah tak
Jadi perlahan langkahku
Jadi perlahan jantungku
Perlahan ini buatku lapang
Buatku memikir
Selalu hidupku dihamba buat kejar manusia
Sedang manusia kadang berbunga kadang berduri
Tapi dalam lapang ada juga sempitnya
Sempit dada rasa lemas
Sebab itu bila aku sendiri
Selalu kukatakan pada diriku
Bukan muda lagi diri ini
Terasa usia memamah diri
Sudah selalu sakit sempit dadaku
Sudah selalu peningku
Tapi hidupku belum capai hasratnya
Mahu bersama dia
Bina keluarga
Bina bahagia
Di dunia menua bersama
Buat bekal
Supaya bersama sampai syurga.

No comments: