Pages

26 October 2012

Kelebihan Awal Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan bulan bagi umat Islam menunaikan ibadah haji dan melakukan ibadah korban. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan-kelebihan yang besar yang terdapat pada bulan ini.

Kelebihan-kelebihan yang terdapat di bulan Zulhijjah dapat dilihat melalui beberapa hadith Nabi Muhammad SAW, antaranya adalah:

Pertama,

Sabda Nabi SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk melakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah." Para sahabat bertanya, "Adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut?" Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Kedua,

Daripada Ibnu Abbas telah berkata: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir. Maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
(Hadith Riwayat al-Baihaqi)

Ketiga,



Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah SAW telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah SAW yang bermaksud: Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(Sahih Muslim)
Keempat,


Dari Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari di mana Allah SWT paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)."
(Sahih Muslim)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
كل عام وأنتم بخير

No comments: