Ma'afkan aku!
kalau aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Apabila orang telah sedia duduk, aku bangun berdiri
Apabila orang bertepuk, aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang, aku tidur
Apabila orang membaca zikir, aku takut mati
Ma'afkan aku!
jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka, aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,
walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu culas!"Melayu kata "Melayu malas!"
biarkan .., biarkan ...
Melayu kata "Melayu kecut!" Melayu kata "Melayu takut!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerung!"
biarkan ..., biarkan ...
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murung!" biarkan ..., biarkan ...
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya..
Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini..................
aku hanya ingin mengingatkan
_________________________________________________________________
"namun begitu, ada seorang Melayu tetap dan terus berbangga dengan keMelayuannya, siap buat album lagi. orang Melayu itu adalah 'Shazzy' dengan album 'Aku Melayu'nya.. hehe.."
No comments:
Post a Comment