Sebenarnya...
aku dah letih,
letih dengan dunia hari ni,
terlalu banyak kemungkaran,
Kafir la'natullah terus dengan agendanya,
agenda memusnahkan Islam - KRISTIANISASI,
mujur tiada HINDUISASI, BUDDHAISASI & entah apa-apa lagi SASInya,
Tapi yang aku hairan,
orang Islam macam tak ambil pusing,
kalau dilihat kepada golongan yang benar-benar ambil pusing,
hidup mereka menderita,
lihat saja rakyat Palestin,
tak cukup dengan itu,
lihat lagi rakyat Iraq,
tapi ada orang kata Palestin dan Iraq jauh,
tak mungkin kemelutnya boleh sampai ke sini,
jika begitu katanya,
mari kita beralih ke negara jiran kita - THAILAND,
umat Islam yang hanya sekelumit itu pun,
turut diseksa REJIM THAKSIN LA'NATULLAH,
padahal,
mereka bukannya mengganggu gugat kedudukan si MALA'UN itu,
tapi gimana lagi harus dilakukan?
selain daripada tolong menonton,
kerna apa?
kerna kita sendiri masih belum cukup kuat untuk menentang mereka,
Singapura yang dahulunya pernah meminta bantuan kita pun hari ini kita takut,
inikan pula negara Gajah Putih yang tidak pernah dijajah itu,
sudah pasti bertambah-tambah lagi ketakutannya.
Oleh itu rakan-rakan sekalian,
selagi darah itu terus mengalir dalam arteri dan vena,
selagi itulah kita perlu berusaha,
berusaha menegakkan Daulah Islamiyyah,
tapi bukan seperti Daulah yang dikatakan oleh Al-Arqam lebih sedekad lalu,
sebaliknya seperti Daulah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu,
mungkin mustahil, mungkin juga berhasil,
mungkin bukan sekarang, mungkin sepuluh tahun lagi,
atau seratus tahun lagi, siapa tahu?
Jangan takut, ingat ayat terakhir Surah al-Ankabut,
"Wallazina jahadu fina lanahdiannahum subulana. wa innAllaha ma'al muhsinin"
ini Firman Allah,
bukan Sabda Rasulullah,
bukan arahan mak dan ayah,
bukan nasihat keluarga,
bukan gurauan kawan-kawan,
juga bukan ucapan berkobar-kobar Pak Lah PM kita,
Islam Hadhari konon,
apa mungkin orang tua itu sudah lupa dengan Firman Allah?
"alyauma akmaltulakum deenakum, wa atmamtu 'alaikum ni'mati, warodhitulakumul islama deena"
isteri sendiri tak pakai tudung,
mahu betulkan umat Islam seantero dunia,
atau Islam Hadhari memang tak payah pakai tudung agaknya,
emm, tak tahulah.
Ingat rakan-rakan,
zaman sekarang tiada siapa boleh kita harapkan,
nak harapkan mufti?
mereka sekadar boleh berfatwa tapi bertindak? jauh sekali,
mufti kata rokok haram tapi kerajaan tetap jual rokok,
betapa besarnya kemungkaran yang berlaku,
oleh itu kita perlu tegakkan golongan ulama',
seperti kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi,
"biar Islam yang memerintah, bukan Islam yang diperintah"
tapi seperti yang aku katakan tadi,
tiada siapa yang boleh kita harapkan,
orang PAS pun bukan semuanya betul,
orang UMNO lagilah terang malah bersuluh dengan 'spotlight' ketidakbetulannya,
kita perlu berdiri atas kaki kita sendiri.
Oleh itu rakan-rakan sekalian,
marilah kita bersama-sama menanam kebencian terhadap sebarang kemungkaran,
tidak boleh banyak? kita cuba sikit,
seperti kata Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hanafi,
"cuba kita bina sebuah bangunan kecil dalam hati kita ini,
bangunan kebencian terhadap kejahatan"
Ingat! Berilah sumbangan kepada Agama ini,
inilah tujuan hidup kita sebenarnya,
andai tidak mampu dengan tenaga,
kita bantu dengan harta,
atau mungkin sebaliknya,
atau mungkin juga dengan kata-kata,
atau jika terlalu lemah,
dengan hati sudah mencukupi,
dan itulah selemah-lemah iman.
Salam perjuangan dari aku, Ibnu Fadhlullah. 9:45 pm, Malaysia
No comments:
Post a Comment