Pages

19 December 2005

dengan dosa apa ia dibunuh??

Suatu masa dahulu di kota Baghdad, ada seorang lelaki pergi ke pasar yang terletak di hadapan sebuah masjid. Tanpa menghiraukan seruan azan, lelaki tadi terus-menerus membeli barang-barang keperluan lainnya termasuklah daging. Selepas membeli daging tersebut, lelaki itu meninggalkannya di pintu pasar kerana dia ingin membeli lebih banyak barang. Tetapi nasib lelaki itu amat malang, ketika dia sibuk membeli-belah, datang seekor anjing memakan daging yang dibelinya tadi. Lelaki tadi pula, setelah selesai membeli-belah dia pun kembali ke tempat dia meletak dagingnya, alangkah terkejut lelaki itu kerana didapatinya daging itu sudah tiada lagi. Maka lelaki itu pun pergilah mencari di sekitar pintu pasar terbabit dan tiba-tiba dia ternampak seekor anjing sedang memakan dagingnya berdekatan dengan pintu masjid. Disebabkan marahnya yang tak tertahan lagi, maka lelaki tadi pun membelasah anjing tadi sehingga mati. Kebetulan selepas anjing itu mati, imam yang sedang bersembahyang di dalam masjid sedang membaca Surah At-Takwir. Sehingga di ayat ke-9 iaitu "BI AYYI ZANBIN QUTILAT" yang bermaksud "kerana dosa apa ia dibunuh?". Lelaki tadi yang telah membunuh anjing itu pun menjawab "LIANNA LAHMI UKILAT" yang bermaksud "kerana dagingku telah dimakan". Tindakan lelaki tadi telah menyebabkan solat imam bersama seluruh makmumnya terbatal kerana mereka beramai-ramai menoleh ke belakang kerana terkejut.

No comments: