JAHIL PUNCA SALAH TAFSIR
KUALA LUMPUR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan pihak membuat tafsiran kurang tepat berhubung Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 sebagai jahil dan dangkal pengetahuan mengenai Islam.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Profesional Berhad (MPF), Institut Khalifa dan Islamic Information Services Foundation (IIS) sependapat, keadaan itu berlaku berikutan keraguan pihak berkenaan terhadap pelaksanaan undang-undang syariah yang dikatakan tidak memberikan keadilan terutamanya dalam aspek kekeluargaan.
Mereka menegaskan undang-undang itu tidak bercanggah dengan hukum syarak dan tidak menzalimi hak serta kepentingan wanita.
Bagaimanapun, mereka berpendapat langkah penambahbaikan perlu dilakukan terhadap beberapa perkara dalam undang-undang itu seperti fasakh dan harta sepencarian bagi mengelakkan ia disalah tafsir.
Sekretariat MPF, Siti Jamilah Sheikh Abdullah, berkata mereka yang mengkritik membuta tuli hanya mendedahkan kejahilan terhadap Masadir al-Syariah (sumber undang-undang Islam), Maqasid al-Syariah (keutamaan dalam undang-undang Islam) dan Qawaid al-Syariah (Prinsip utama undang-undang Islam).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di sini, semalam.
Undang-undang itu diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu, mencetuskan kontroversi apabila dikritik hebat Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) yang mendakwa ia menindas hak wanita.
Bagaimanapun, Khamis lalu, Shahrizat menegaskan undang-undang itu yang terbaik dalam memelihara hak dan kepentingan wanita berbanding negara Islam lain.
Katanya, kebanyakan masalah yang dibangkitkan berpunca daripada tafsiran tidak tepat dan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam oleh Mahkamah Syariah.
Ketua Wanita Pusat JIM, Dr Harlina Halizah Siraj, berkata bantahan keras beberapa NGO sebelum ini memberi pengajaran kepada semua pihak bahawa tahap ‘celik undang-undang’ di kalangan wanita Malaysia masih rendah dan perlu dipertingkatkan.
“Masalah poligami misalnya tidak akan dapat diatasi dengan undang-undang yang ketat, sebaliknya pengetahuan dan pendidikan terhadap suami yang harus dititikberatkan,” katanya.
Naib Presiden Abim, Dr Mastura Badzis, berkata mana-mana pihak tidak harus memperlekehkan undang-undang itu dengan memberi gambaran ia memberi kezaliman kepada wanita semata-mata.
“Bagaimanapun, ruang untuk berbincang dan mengemukakan pandangan harus terbuka untuk kepentingan dan keadilan kepada semua pihak,” katanya.
Mengenai kelewatan pihaknya membuat kenyataan mengenai isu itu, beliau berkata, pihaknya perlu membuat kajian terlebih dulu.
“Kita mahu mendapat pandangan pakar supaya kenyataan yang dikeluarkan lebih jelas bagi mengelak salah tafsir dan salah faham berpanjangan,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat pada majlis penyerahan sumbangan untuk Program Kebajikan Charity Treasure Hunt yang diadakan selepas itu, enggan mengulas lanjut.

Sumber : Berita Harian 14/02/06
No comments:
Post a Comment